Menyulam muafakat baharu politik Melayu

Dalam politik, tidak semua “jambatan” dibina daripada konkrit. Ada yang disulam sedikit demi sedikit dengan benang kepentingan, kesabaran dan kesediaan untuk melupakan perseteruan lama. Proses itu jarang berlaku dalam suasana tenang. Ada benang yang putus di tengah jalan, ada simpulan yang terlerai sebelum sempat menjadi anyaman yang kukuh. Dalam menyulam muafakat baharu politik Melayu, barangkaliContinue reading “Menyulam muafakat baharu politik Melayu”

Takut hilang kuasa?

Ada satu hukum politik yang tidak pernah berubah. Semakin kerap seorang pemimpin bercakap tentang “kestabilan”, semakin lantang pula rakyat mula bertanya, “Siapa sebenarnya yang sedang distabilkan?” Negara, atau ketakutan kehilangan kerusi kuasa? Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan di Dewan Rakyat dua minggu lalu bahawa beliau tidak bercadang membubarkan Parlimen lebih awal danContinue reading “Takut hilang kuasa?”

Beranikah Anwar pecat menteri BN?

Ada satu ungkapan lama dalam politik: kuasa bukan diukur pada apa yang boleh dilakukan, tetapi pada apa yang berani dilakukan. Dalam teori, Perdana Menteri Malaysia ialah orang paling berkuasa dalam pentadbiran negara. Beliaulah yang mencadangkan pelantikan menteri kepada Yang di-Pertuan Agong. Beliaulah juga yang boleh menasihati supaya seseorang menteri digugurkan daripada Kabinet. Tetapi politik tidakContinue reading “Beranikah Anwar pecat menteri BN?”

Mesej tersirat kekalahan negeri kepada PM

Dalam politik, tiada status yang kekal. Seorang pemimpin boleh diraikan sebagai aset berharga parti pada suatu ketika, tetapi dalam tempoh yang singkat bertukar menjadi liabiliti yang mengancam kelangsungan parti itu sendiri. Politik tidak mengenal istilah “hutang budi”. Yang menjadi ukuran ialah sama ada seseorang pemimpin masih mampu membawa keyakinan dan kemenangan kepada partinya. Perkembangan diContinue reading “Mesej tersirat kekalahan negeri kepada PM”

Design a site like this with WordPress.com
Get started