Bersemuka calon PN Parlimen Shah Alam

Dalam rangka mendengar kempen secara fizikal PRU 15. Pada sebelah malam 11 November 2022 berpeluang bersemuka dengan salah seorang calon Parlimen Shah Alam tempat saya mengundi pada 19 November 2022. Dr. Afif Bahardin, 37, mewakili Perikatan Nasional. Seorang doktor perubatan. Anak kelahiran dan dibesarkan di Shah Alam. Kini jika diberi peluang oleh pengundi mewakili merekaContinue reading “Bersemuka calon PN Parlimen Shah Alam”

Politik segar KJ

9 November 2022: Kempen pertama yang saya hadiri bagi PRU 15 ialah di kawasan Parlimen Sungai Buloh. Calonnya YB Khairy Jamaluddin yang dipaksa meninggalkan kerusi selamat di Rembau yang diwakilinya selama tiga penggal kerana mahu memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan. Sambutan luar biasa diberikan terhadap kehadirannya malam itu, sama sepertiContinue reading “Politik segar KJ”

Nori aset untuk kempen KJ?

Dia anak mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah dan isteri kepada YB Khairy Jamaluddin. Dia yang saya maksudkan ialah Nori Abdullah. Saya mula mengenali keluarga Tun Abdullah yang saya panggil Cik Lah, kemudiannya Pak Lah pada tahun 1972. Urusan tugas sebagai pemberita Utusan Malaysia ketika itu membolehkan sayaContinue reading “Nori aset untuk kempen KJ?”

Catatan kenangan bertemu Tun Khalil Yaakob

21 Ogos 22: Nak turun bersarapan dan jalan santai pagi ini di sebuah hotel di Ayer Kroh, Melaka di mana saya menginap, saya terserempak dengan bekas Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob. Segak berbaju Melayu dan kelihatan masih sihat. Setelah memberi salam, saya bertanya beliau mahu ke mana. Beliau memberitahu beliau nak keContinue reading “Catatan kenangan bertemu Tun Khalil Yaakob”

Forum media HAWANA 2022 anjuran MPI kupas kewartawanan era IR 4.0

Forum Media Nasional, anjuran Malaysian Press Institute (MPI) yang merupakan salah satu pengisian Hari Wartawan Nasional 2022 di Melaka pada 29 Mei ini akan mengupas isu-isu yang akan mendepani bidang kewartawanan pada era Revolusi Industri Keempat atau IR4.0 yang mula melanda dunia muktakhir ini. Forum media ini dianjurkan dengan kerjasama Sekretariat HAWANA 2022 yang diterajuiContinue reading “Forum media HAWANA 2022 anjuran MPI kupas kewartawanan era IR 4.0”

Design a site like this with WordPress.com
Get started