Dalam kalangan pendidik hari ini nama Buyong Adil (1907-1976) mungkin tidak begitu dikenali. Tetapi bagi guru-guru pelatih yang menimba ilmu di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI/SITC) di Tanjung Malim, Perak sebelum dan beberapa tahun selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, nama sejarawan itu memang disanjung tinggi. Beliau merupakan pengarang buku teks mata pelajaran sejarah yangContinue reading “Abahku, Buyong Adil: catatan Hayatee Yusof tentang bapanya”
Category Archives: SINAR AHAD
Antara Biden dan Trump: Siapa lebih hitam dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat
Amerika Syarikat akan mengadakan pilihan raya presiden pada 5 November 2024. Dua parti politik utama negara itu Selasa lalu secara rasmi menamakan calon masing-masing dalam pilihan raya tersebut setelah pusingan pertama pencalonan dalaman parti selesai. Parti Demokrat mengekalkan, Joe Biden iaitu Presiden Amerika Syarikat sedia ada sebagai calonnya. Parti Republikan selepas saringan awal berakhir secaraContinue reading “Antara Biden dan Trump: Siapa lebih hitam dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat”
Dr. Abdullah Hassan: Profesor terbilang bidang linguistik
Profesor Emiratus Abdullah Hassan (gambar di atas) sudah berusia 82 tahun. Dalam dunia linguistik bahasa Melayu di negara ini, beliau adalah satu nama gah dan terbilang. Karya-karya akademik beliau mengenai bahasa banyak diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku-buku yang dihasilkan menjadi rujukan para pelajar universiti di dalam dan luar negara yang mempelajari bidang bahasaContinue reading “Dr. Abdullah Hassan: Profesor terbilang bidang linguistik”
Jokowi tunaikan janji bukan sembang sahaja
“Presiden Indonesia sudah menandatanganinya, Pak.” Itu pesanan ringkas melalui whatapps yang disampaikan oleh Ibu Helena Rea, seorang wartawan negara jiran itu kepada saya pada 20 Februari 2024 lalu sempena Hari Pers Nasional (HPN) Indonesia. HPN yang merupakan penghimpunan terbesar tahunan para wartawan di negara itu diraikan setiap tahun pada 9 Februari, tetapi bagi HPN 2024,Continue reading “Jokowi tunaikan janji bukan sembang sahaja”
Kod Etika Wartawan Malaysia – Satu Pengamatan
Selasa lalu (20 Februari 2024) Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, meluncurkan Kod Etika Wartawan Malaysia Jabatan Penerangan Malaysia. Lapan prinsip mulia yang harus dipegang oleh para wartawan telah disenaraikan dalam kod tersebut. Hasratnya adalah untuk membantu pengamal media menjadi pemberita dan pelapor “berita yang seimbang, adil, berkredibiliti dalam memberikan informasi yang tepat, bermanfaat dan sesuai untukContinue reading “Kod Etika Wartawan Malaysia – Satu Pengamatan”